Tanah Tok Wan.

KHIANAT ORANG PEJABAT TANAH.

1- Isu Tanah Durian Musang King ni, Kalau sapa tak pernah berurusan Pejabat Tanah, Hadap pegawai Pejabat Tanah..Mungkin tak faham.. Tapi aku pernah hadap kerenah pegawai Pejabat Tanah..

2- Bila Tokwan aku meninggal Dunia, ada beberapa Hektar Tanah, Yang letak dibelakang Rumah tokwan aku..Yang mana semua orang Kampung tahu itu tanah milik Tokwan Aku.. hatta depa bawa keluar hasil pun bayar pada Tokwan aku.. Cuma silapnya bila berlaku kelewatan urus surat dan geran hak milik..

3- Masa tu..Kami pergi ke Pejabat Tanah, bawa nombor fail..rekod Permohonan, Surat Tol.. Semua bukti dokumen cukup… Sebab waris tanah tu orang kampung..Nak urus hal dokumentasi ni memang depa tak reti..Apa Jadi ? Kami diminta buat Permohonan baru kononnya pemohon dah meninggal dunia..Biarpun dalam Fail lama jelas dah ditulis ianya dah diluluskan..

4- Lepas buat Permohonan baru, tunggu dekat 7 Tahun, last last dapat kelulusan, Rupanya tanah yang diluluskan hanya 3 ekar dari keseluruhan 11 ekar.. Bila dipersoal kenapa jadi macam ni..Depa kata ada orang lain pun mohon sama.. Bagi 3 ekar tu pun sebab kononnya kata dia hormat kat ayah aku.. kata dia lah bermanis mulut..

5- Nak jadi cerita, akhirnya orang kampung bagi tahu..Tanah yang orang lain dapat tu bukannya sapa pun..Adik beradik pegawai pejabat tanah tu jugak yang mohon.. kalau nak tahu, tu la perangai depa..hat Khianat depa jugak.. Walaupun bukan semua..

6- Pegawai tu Berlebai.. Panggil aku dan ayah aku Ustaz.. mulut manis, Selalu cakap pasal agama,..Tapi kalau Bab Tanah dan Duit..Faham faham lah..Ulama PAS pun khianat..Apa lagi lebai macam dia..

7- Apa yang mampu aku buat, Berdoa sajalah kepada Allah sapa sapa hat buat Khianat dan Zalim.. sebab jadi depan mata..dalam bab ni kita tak tau sapa punya angkara, DO ker..SO ker..masing2 kononnya kata bukan salah depa kononnya.. Kami bukan hadap sangat tanah tu, Bukan boleh bawa mati..Tapi ini Amanah.. lepas tu kami lawan..

8- Dan setahun lepas tu, Masa nak ambil geran dan bayar Premium tanah.. Masa nak berurusan, Kami tanya.. Mana pi Lebai pegawai Pejabat Tanah tu ? Pegawai lain kata dah pencen…kami tanya lah..awat Pencen awal sangat.. Katanya sebab penyakit kencing Manis.. Kena potong kedua belah kaki..

9- Dari cerita ni..Faham faham lah..Jangan dok buat aniaya pada orang..Tambah kalau melibatkan harta dan hak anak yatim.. Ni bukan drama tanah Kubur.. Ni real aku hadap..

10- Orang yg kadang2 Sembang lebih Bukan faham pun..Kes mcm ni banyak berlaku..Bukan soal org Cina, hatta ramai yg Melayu jadi mangsa.. bezanya samada depa berani lawan ker tak…mcm Mufti Utara, orang mcm depa ni selalu dapat tanah Anugerah tanah dari Sultan..Tak payah hadap Biokrasi.. sedar sedar geran duduk atas meja.. 😉

kredit: Ipohmali

Pray for Gaza.

Tahukah Anda…
Negara Palestin ni sebenarnya unik…..
Sebuah negara yang ada satu Presiden iaitu Mahmoud Abbas tapi ada Dua Kerajaan, yang diperintah Dua Perdana Menteri dari Dua Parti Berbeza iaitu Dr Mohammad Shtayyeh dari Fatah yang memerintah West Bank (Tebing Barat) dan Gaza yang dipimpin Ismael Haniyeh dari Ham4s…..

Gaza ni kecik je kat bawah tu..dan yg ditindas diserang, yg kebulur tu Gaza la….Al Qas4m semua tu kat Gaza….

Meanwhile kat Tebing Barat, wilayah yg besar kat Atas tu….boleh kata jarang kena serang, kalau kena serang pun kecil kecilan je itu pun sebab segelintir penduduk kat situ buat provokasi kat IsRoel sekali sekala….pemimpin2 Kat Tebing Barat pun kebanyakan Liberal,Sekular,Penunggang dan yg sewaktu dengannya….anak bini pun tak tutup aurat, rambut blonde….Founder Parti Fatah tu pun ahli Mason

Dan yg sedeynya kebanyakan sumbangan orang luar ke Palestin tak sampai ke Gaza, sebaliknya sampai ke Tebing Barat sebab Fatah dianggap Kerajaan “Rasmi” Palestin….

Sebab tu ramai yg heran Palestin ada team Bola, join Kelayakan World Cup…pernah kalahkan Harimau Malaya berkali2….masa bila diorang training….Sebab belah Tebing Barat ni aman je mcm biasa

Satu lagi nak bgtau…kau pernah dengar Pemimpin2 Fatah kecam IsRoel tiap kali Gaza diserang? takde pun…sesama diorang pun berpecah…takde nilai Brotherhood pun…

Sebab tu kalau ko nak berdoa pasal Palestin ni..kau Doakan Gaza, Pray4Gaza, SaveGaza….bukannya Palestin….

Pahey?